Perlahan-lahan kelopak mataku terbuka. Aku melihat sekelilingku. Rasa aneh menjengah di ruang akal fikiranku. 'Di manakah aku?' Persoalan yang bermain di mindaku sekarang. Aku bangun. Cuba untuk berdiri walaupun rasa sakit mencengkam di seluruh tubuhku. Mataku meliar di sekeliling yang terbentang luas di hadapanku. Aku kini berdiri di antara langit dan bumi. Tanpa hidupan lain. Kosong..Tanah yang ku pijak kering kontang. Merekah kemerahan. Langit yang biru kehitaman tanpa terasa angin menyapa tubuhku. Bermimpikah aku? Aku tunduk sambil memejamkan mataku.Akalku berputar ligat bagaikan pita rakaman yang di ulang tayang semula. Memori semalam perlahan menjengah. Satu sinaran terang dan dentuman yang kuat membuatkan aku tersentak. Ya ALLAH!!. Air mata mengalir perlahan di pipi. Aku kemalangan ketika pulang dari kampus dan hujan yang lebat membuatkan aku gagal mengawal pemanduanku. Tapi..kenapa aku berada disini? Aku melihat diriku yang lengkap berpakaian serba putih. Aku menangis lagi. Meratapi diri yang berseorangan di tempat asing yang menakutkan. 'Di manakah keluargaku? Di manakah saudara maraku? Di manakah sahabat handaiku? Semua persoalan menghimpit akal mindaku.

Aku berjalan tanpa arah tuju. Hanya satu kenyataan yang terlintas di hatiku. KEMATIAN. Adakah aku dalam perjalanan menuju kematian atau sememangnya aku sudah menemui ajalku? Air mataku mengalir tanpa henti. Tiba-tiba rasa takut terbit di hatiku membuatkan tangan dan kakiku menggeletar. Peluh mula membasahi seluruh badanku. Satu persatu rentak kehidupanku ketika di dunia tergambar jelas di mataku.
Aku melihat kedua belah tanganku. Tangan ini amat jarang sekali bersedekah dan menolong insan lain. Tangan ini jarang mengangkat takbir dan memohon doa kepada MU.Tangan ini hanya gemar melakukan perkara yang sia-sia. Gemar mencari keseronokan dunia.
Aku melihat kedua belah kakiku. Kaki ini jarang menuju ke tempat sucimu. Kaki ini jarang berdiri untuk menunaikan suruhanmu. Kaki ini hanya gemar menuju ke tempat yang penuh kemaksiatan. Gemar berdiri menghabiskan masa bersama teman lain tanpa haluan.
Tanganku menyentuh perlahan mulutku
Mulut ini jarang mengeluarkan kata-kata yang baik. Bibir ini jarang dibasahi zikir dan doa. Mulut ini banyak digunakan untuk mengeluarkan kata-kata kesat dan umpat keji. Mulut ini juga jarang memohan pertolonganMU malah gemar menabur fitnah.
Tanganku menyentuh perlahan kedua belah mataku.
Mata ini sering melakukan zina (Zina mata). Sering melihat perkara yang sia-sia. Gemar melihat maksiat dunia. Mata ini jarang melihat kebesaranMU..Jarang melihat pemberianMU..menjadikan aku manusia yang tidak bersyukur.
Tanganku menyentuh perlahan kedua belah telingaku..
Telinga ini selalu seronok mendengar orang lain di fitnah dan di keji. Telinga ini gemar mendengar perkara yang sia-sia, musik yang melalaikan. Astarghfirullah..Aku mengucap perlahan. Telinga ini jarang mendengar alunan zikir dan salawat. Telinga ini jarang untuk menerima nasihat dan ilmu yang disampaikan.
Tanganku menyentuh perlahan hidungku..
Hidung ini sentiasa membantuku untuk bernafas. Menghirup udara segar. Namun aku tidak pernah bersyukur. Hidung ini sentiasa menghidu perbuatan maksiat untuk keseronokan dunia.
Tanganku menyapa wajahku..
Wajah ini tidak pernah dibasahi wudhu'. Wajah ini hanya dihias untuk tatapan duniawi. Wajah ini dicantikkan untuk pujian yang menjurusku ke arah riak. Sekarang..wajah ini tiada cahaya..tiada seri.hanya pucat bersama bibir yang kekeringan.
Aku menangis lagi..lagi..dan lagi....sehingga air mataku kering..tiada air mata yang mampu untuk membasahi pipiku lagi. Melihat sekeliling. Kini tiada lagi tanah yang kering kontang. Malah aku dikelilingi air yang entah dari mana sumbernya. Tekak yang haus membuatkanku segera menadahkan tangan. Menadah air untuk mambasahi tekak. Namun air ini tersangat masin sehingga aku tidak mampu menelannya. Aku tersedar. Inilah air mataku!!. Air mata penyesalan dengan dosa-dosa lalu.Adakah peluang kedua untukku??
Aku mendengar namaku sayup2 dipanggil. Aku menoleh pantas. Satu libatan kuat di hayun ke tanganku. Aku menjerit kuat. Serentak darah membasahi pakaianku. Dalam sekelip mata satu lagi libasan kuat di belakangku. membuatkan ku terjerit lagi. Ya ALLAH!!! kalimah itu ku ungkap berulang-ulang tanpa jemu.
Namun ianya berlaku tanpa henti sehingga aku tidak sedarkan diri.. (to be cont..)
:: Banyak orang pandai mengatakan bahwa yang harus kita takuti seharusnya bukanlah kematian itu sendiri, tapi dalam keadaan seperti apa kita mati, dan bagaimana caranya bertanggungjawab kepada Allah setelah kita mati. Ya, karena kita akan diminta bertanggung jawab atas semua kelakuan kita di dunia. Tangan, kaki, mata, lidah, telinga, dan berbagai anggota tubuh kita akan diminta pertanggungjawabannya oleh yang menciptakannya ::
“Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).” TQS. Al Baqarah [2]:281).
Bau haruman yang mendamaikan menusuk hidungku membuatkan aku tersedar dari tidur yang lena. Perlahan-lahan mataku di buka. Aku terdampar di atas rumput yang menghijau. Aku memejamkan mata semula. Bukankah tadi aku berada di suatu tempat yang amat menakutkan hati ini? Bukan aku di pukul tanpa belas kasihan sehingga aku tidak sedarkan diri kerana sakit yang keterlaluan? Sudah matikah aku? Tapi di mana pula aku berada sekarang? Keliru menguasai fikiranku. Aku kembali membuka mataku. Melihat sekeklilingku dengan penuh tanya. Aku masih sendirian. Namun kali ini berbeza sekali perasaan yang hadir dalam diriku. Tiada ketakutan. Tiada kesakitan. Aku tersedar semula. Mataku segera menilik tubuhku. Pakaianku merah pekat berlumuran darah. Kulitku tersiat sehingga menampakkan isinya. Aku memejamkan mata. Sedikit mual. Namun yang menghairankanku tiada lansung rasa sakit dan ngilu. Aku bangun memerhati alam sekeliling. Sangat berbeza dengan apa yang aku lalui sebelumnya.
Aku berdiri tegak. Merenung jauh dihadapanku yang terbentang tasik yang luas. Airnya yang jernih sehingga aku dapat melihat hidupan laut di dalamnya. Subhanallah!! Cantiknya ciptaan ALLAH. Aku segera mencangkung di tepi tasik untuk membasuh wajahku yang terasa sedikit lesu. Aneh. Sungguh aneh! Tiada rasa haus dan lapar. Tiada rasa takut, sakit mahupun sedih. Hatiku amat tenang saat ini. Setenang air tasik dihadapanku.
Aku segera membasuh wajahku. Sejuk air tasik melegakan seluruh urat sarafku. Tiba-tiba aku terasa ingin mengambil wudhu’. Aku cuba mengingati semula langkah mengambil wudhu’ yang pernah aku pelajari dan praktikkan sebelum umurku menginjak remaja. Alhamdulillah. Aku ingat malah amat jelas dimindaku. Aku mulakan dengan kalimah ‘Bismillahirrahmanirrahim..’ Sejurus air tasik menjamah luka-luka di kulitku..semuanya kembali sembuh dan yang tinggal hanya parut. Aku terkesima. Tanganku mencubit kuat kedua belah pipiku. Adakah aku bermimpi? Namun rasa sakit di pipiku menandakan aku tidak bermimpi.

Usai berwudhu’ aku meneruskan langkah kakiku tanpa arah tuju yang pasti. Aku melihat di belakangku. Sebuah taman yang cantik. Rumput yang menghijau. Bunga-bungaan yang berbagai jenis dan warna. Pokok-pokok yang dipenuhi pelbagai buah-buahan yang masak ranum. Burung-burung berkicauan melahirkan irama merdu di telingaku. Arnab-arnab comel yang pelbagai warna berlari kesana-sini membuatkan aku tersenyum kecil. Kakiku melangkah tanpa disedari. Ciptaan Allah yang sangat cantik di pandanganku. Sebuah pondok kecil menarik perhatianku. ‘Mungkin ada penghuni yang tinggal disini’ aku bermonolog sendirian. Salam diberi namun tiada jawapan. Pintunya yang sedikit terbuka membuatkan aku menjenguk ke dalam pondok.
Sepi! .Pondok ini hanya kosong dan mataku tertarik pada baju kurung yang tergantung di sudut pondok Perlahan-lahan kakiku melangkah masuk. Mataku menilik baju kurung yang amat serupa dengan baju kurung pemberian arwah nenekku. Baju kurung yang amat aku sayang walaupun sudah terkoyak di hujung baju dan kain. Namun aku menjahitnya sendiri dengan tanganku sendiri. Dan aku melihat jahitan yang sama di baju kurung ini. Aneh! Adakah ini baju kurungku yang sama? Jahitan ini sama dengan jahitan hasil tanganku? Persoalan demi persoalan menjengah di mindaku. Aku menilik pakaian di badanku. Penuh dengan darah namun tiada bau yang kurang menyenangkan. Aku segera mencapai baju kurung dihadapanku dan memakainya. Muat dan selesa. Aku tersenyum lega.
Aku melangkah keluar dari pondok. Menghirup udara segar sambil menikmati keindahan alam. Saat ini tiada kerunsingan melanda difikiranku. Kosong! Hanya ketenangan bertamu di hati. Aku meneruskan langkah. Melihat kecantikan rama2 yang pelbagai warna berterbangan. Awan yang biru serta angin lembut menyapa wajahku menjadikan aku kembali merasai ketenangan yang sukar ditafsirkan. Sekali lagi mataku terpaku pada sesusuk tubuh yang amat aku kenali.
Abah! Aku berbisik perlahan. Aku mempercepatkan langkahku. Namun jarakku dengan abah tetap sama. Statik. Padahal abah tidak bergerak seinci pun. Aku cuba berlari tapi hasilnya tetap sama. Aku memanggil abahku. Namun tiada balasan. Abah seperti mengelamun jauh dan tidak mendengar suaraku. ‘Abah!!’ aku mencuba lagi dengan suara yang lebih kuat. Aku berusaha lagi tanpa berputus asa. Tanganku melambai-lambai dan cuba menggapai bahu abah. Akhirnya aku tersungkur. Rebah menyembah bumi. Terasa kepalaku terhentak kuat. Aku cuba untuk bangkit namun gagal. Akhirnya mataku kembali tertutup.
“Along!” aku terdengar suara ummi memanggilku berkali-kali. Perlahan-lahan aku membukakan mata. Kelihatan wajah bimbang ummi di sebelahku.
“Along..kenapa ni?Meraca-racau panggil abah..” ummi bersuara lagi. Aku bangun melihat sekeliling. Sekarang tempat ini tidak asing lagi bagiku. Inilah rumahku. Terasa begitu lama aku tidak melihat ummi dan abah. Terasa rinduku pada mereka. Aku memeluk erat tubuh ummiku. Ummi membalas pelukanku. Erat skali!
“Pukul berapa sekarang ummi?” Aku bertanya keliru.
“Dah masuk subuh along. Lama betul along tidur. Letih betul along semalam ya” ummi menyakatku. Aku hanya menggelengkan kepala. Masih kurang mengerti. Ummi hanya tersenyum kecil.
“Ummi dan abah nak pergi surau ni. Jangan lupa kunci pintu along” Ummi mengingatkanku. Aku hanya mengangguk perlahan. Melihat ummi dan abah berjalan seiring menuju ke surau mengundang rasa sebak di hatiku. Aku melangkah laju ke bilik air. Berwudhu’ dan menunaikan solat subuh. Lama aku duduk terpaku di atas sejadah.Memikirkan kekeliruan yang melanda diriku.
Adakah ini satu mimpi? Atau mimpi dalam mimpi? Aku tidak kemalangan kerana aku tidak berada di hospital sekarang. Otakku berputar ligat. Teringat semalam aku keletihan selepas habis kenduri, kenduri pertunangan aku bersama bakal suamiku. Tunang! Tersentak dengan kenyataan itu. Aku sekarang adalah tunangan orang rupanya. Selepas isyak aku tidur hingga terbangun subuh tadi. Tapi…aku menilik tubuhku yang disaluti baju kurung yang aku ambil dari pondok yang indah itu…aku menilik lagi kulitku yang terkena libasan kuat ketika dikawasan kering kontang itu..sekali lagi aku terkejut..kelihatan parut di tangan dan tubuhku…MasyaALLAH…aku keliru lagi..adakah ini hanya suatu ilusi…? Aku beristirghfar panjang, berzikir dan berdoa kepada ALLAH.
Adakah ini satu mimpi? Atau mimpi dalam mimpi? Aku tidak kemalangan kerana aku tidak berada di hospital sekarang. Otakku berputar ligat. Teringat semalam aku keletihan selepas habis kenduri, kenduri pertunangan aku bersama bakal suamiku. Tunang! Tersentak dengan kenyataan itu. Aku sekarang adalah tunangan orang rupanya. Selepas isyak aku tidur hingga terbangun subuh tadi. Tapi…aku menilik tubuhku yang disaluti baju kurung yang aku ambil dari pondok yang indah itu…aku menilik lagi kulitku yang terkena libasan kuat ketika dikawasan kering kontang itu..sekali lagi aku terkejut..kelihatan parut di tangan dan tubuhku…MasyaALLAH…aku keliru lagi..adakah ini hanya suatu ilusi…? Aku beristirghfar panjang, berzikir dan berdoa kepada ALLAH.
“Ya ALLAH!..Jauhkanlah aku dari sebarang kemungkaranMu. Jauhkanlah aku dari segala gangguan syaitan dalam tidur atau jaga, Perbaikilah hatiku dan jagalah anggota badanku. Dekatkanlah aku dengan syurgaMU dan jauhkanlah aku dari nerakaMU.Amin..”.
Aku mencapai Al Quran dan memulakan bacaan…..
“Orang yang cerdik adalah yang menyiapkan dirinya dan beramal untuk setelah kematian, sedangkan orang yang bodoh adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah.” (HR. Ibnu Majah).[januar]
Nukilan:: Awan Biru
0 comments:
Post a Comment